TEKNIK SOLEKAN ASAS YANG RAMAI INGIN TAHU

 


Ualls seorang yang suka solekan yang tidak terlampau tebal? Kadang – kadang nampak seperti bertompok-tompok. Jom kita tengok tips memakai solekan natural yang simple, cepat dan kekal cantik.

Cuci Muka

Anda harus mencuci muka anda dengan pembersih muka yang sesuai dengan kulit anda. Tujuannya adalah membersihkan muka anda daripada minyak dan kotoran. Untuk pengetahuan anda, jika kulit muka anda tidak bersih dan penggunaan alat solek secara keterlaluan boleh menyebabkan pori-pori muka tersumbat. Hal ini boleh menyebabkan kulit muka anda cepat rosak dan berjerawat.

Toner

Anda harus menggunakan toner. Toner bertujuan membersihkan lebihan kotoran yang tidak dapat dicuci oleh sabun pencuci muka. Selain itu, ia juga dapat menanggalkan sel-sel kulit mati (kulit mati seperti parut jerawat dan jeragat) pada kulit muka anda.

Penyegar Wajah

Sapukan dan ratakan ke seluruh wajah, sekitar mata dan leher penyegar wajah. Ini bagi membantu membekal nutrisi kepada sel kulit seterusnya mengecilkan liang pori dan menghaluskan kulit yang bertindak sebagai penyegar, pelembap, penegang dan pencerah serta sesuai digunakan sekitar mata bagi mengurangkan lingkaran gelap dan garis halus.

Foundation

Oleskan Foundation pada bahagian dahi, sekitar mata, kiri dan kanan pipi, dagu dan bibir. Seterusnya ratakan foundation dari dagu ke atas.Untuk kemasan terbaik, gunakan bersama span solekan. Foundation bertujuan sebagai alas bedak dan pelembap menjadikan solekan lebih menawan.

Bedak padat (Compact powder)

Pedapkan bedak padat, gunakan span yang secara lembap ataupun berus pada wajah untuk kesan semulajadi. Tujuannya adalah untuk menjadikan kulit lebih halus dan licin serta menjadikan kulit yang nampak kusam tampak gebu dan bercahaya. Selain itu, bedak padat juga bertujuan membantu solekan kita bertahan lebih lama.

Celak

Aliskan celak pada garisan kelopak mata secara perlahan-lahan. Bagi yang baru pertama kali mahu menggunakan celak. Mulakan pada bahagian tengah garisan kelopak mata dan tarik perlahan-lahan sehingga ke hujung. Selepas itu, tarik pada bahagian depan hingga ke tengah. Lakukan perkara yang sama pada bahagian bawah kelopak mata. Jangan gopoh. Lakukan perlahan-lahan.

Maskara

Letakkan berus Maskara pada sisi bulu mata, secara perlahan-lahan, sapukan maskara dari akar sampai ke hujung bulu mata dengan zig zag. Cuba beberapa posisi lain untuk menambah lentikkan dan mampu melebatkan bulu mata.

Pemerah pipi

Calitkan sedikit gincu pada hujung jari anda, dan buat bulatan pada tulang pipi anda. Lihat, anda sekarang sudah hampir siap.

Gincu

Untuk mengekalkan warna gincu anda pada waktu yang agak lama. Pertama, anda haruslah sapukan sedikit foundation pada keseluruhan bibir anda. Kedua, pedapkan bedak asas. Ketiga sapukan gincu pada bibir. Keempat, pedapkan sekali lagi bedak asas pada bibir anda yang sudah ada gincu tadi. Dan akhir sekali, oleskan kembali gincu warna kegemaran anda pada seluruh bibir.

Sumber: gbsbestari.com
Selamat mencuba! 
👉 Jom Follow @MUAmeinda.iskandar

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BENDA WAJIB MAKEUP ASAS YANG RAMAI INGIN TAHU

TIPS MAKEUP AGAR KEKAL TAHAN LAMA YANG RAMAI INGIN TAHU

6 KESILAPAN CUCI MUKA YANG YANG SERING BERLAKU-PUNCA KULIT WAJAH BERMASALAH