TIPS MAKEUP AGAR KEKAL TAHAN LAMA YANG RAMAI INGIN TAHU

Fahami Fungsi setiap item Makeup

Solekan dengan kaum Hawa memang tidak dapat dipisahkan. Bagi segelintir wanita, mereka rasa kurang berkeyakinan tanpa makeup lebih-lebih lagi ketika menghadiri majlis keraian. Namun begitu, anda harus ingat, setiap solekan perlu ditatarias mengikut jenis kulit.

Bukan main pilih sahaja sebarangan produk. Jika pemilihan yang dilakukan tepat, setidak-tidaknya ia berupaya menutup kelemahan pada kulit wajah sekali gus menjadikan solekan lebih cantik dan tahan lama. Justeru, nak naikkan seri wajah dengan solekan perlu ada ilmu asas.

Ok, berbalik pada sikap SIS yang tak suka membuang masa HAHA, jom kita terus saja ke topik yang agak hangat dan sering ditanya kepada SIS di Facebook Page ataupun kat Instagram. "SIS, macam mana nak buat agar makeup tu tahan lama atau dalam kata lain mudah luntur?" SIS, ambil contoh ketika berpeluh atau terkena air yang mana memberi kesan kepada penampilan makeup.  "SIS, macam mana saya nak mulakan belajar Makeup?" "Macam mana nak buat duit dengan Makeup?", SIS macmana nak look makeup ala-ala pelakon Bollywood?", SIS macmana nak makeup jadi syantik?" dan pelbagai lagi soalan-soalan panazz persis dalam rancangan Melodi TV3. Hehe.

Sebelum Ualls nak 'mensyantikan' diri atau nak berjinak-jinak dalam bidang ni pastikan Ualls kena tahu dulu benda asas. Solekan adalah penggunaan barangan kosmetik seperti bedak asas, lipstick, pemerah pipi, pembayang mata, dan sebagainya di wajah untuk kelihatan lebih cantik daripada kebiasaannya mengikut tema dan aktiviti.  Manakala definisi seni solekan adalah lebih kepada solekan filem, pentas, highfashion dan solekan kesan khas. Yang mana ia berbeza dengan make up siang dan acara khas, pengantin serta photoshoot yang mana lebih kepada mencantikkan pelanggan mengikut tema dan aktiviti. 

Bila tengok orang lain makeup, Ualls pun mesti teringin jugak kan? Oh no! Satu masalah bila Ualls tak tahu apa barang yang kena ada dan dari mana nak mula. Masuk je drugstore atau makeup store, dah jadi rambang mata sebab tak tahu apa nak beli dulu. Ada macam-macam jenis dan jenama pulak tu.

Jangan risau, SIS akan kongsikan apa barangan basic makeup yang wajib ada untuk beginners macam Ualls. Barang-barang yang Ualls kena beli tak banyak pun sebab baru permulaan kan. Cuma makeup yang light light je. Nak tahu apa barang-barang tu? Baca selanjutnya okayketahui lebih lanjut  disni nanti SIS terangkan satu per satu.

👉 Jom Follow @MUAmeinda.iskandar


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BENDA WAJIB MAKEUP ASAS YANG RAMAI INGIN TAHU

6 KESILAPAN CUCI MUKA YANG YANG SERING BERLAKU-PUNCA KULIT WAJAH BERMASALAH