BENDA WAJIB MAKEUP ASAS YANG RAMAI INGIN TAHU

  1. Foundation yang sesuai dengan tona kulit

Foundation ni benda adalah benda paling asas yang Ualls kena tahu dimana ianya diletak kat muka. Tapi sebelum tu, penting untuk Ualls  cuci muka, pakai toner dan moisturizer untuk pastikan kulit Ualls sentiasa lembap dan makeup tahan lebih lama. Sebelum nak pilih shade foundationUalls kena tahu tona kulit Ualls  sama ada cerah atau gelap dan sebagainya.



Ada tiga jenis foundations iaitu dalam bentuk liquid, cream dan powderUalls yang mempunyai kulit berminyak tak digalakkan memakai liquid foundation kerana ia akan membuatkan kulit lebih berminyak manakala yang berkulit kering sebaiknya tak guna powder foundation.



Cara Ualls nak tahu mudah saja, Ualls cuba  calit atau swatch sikit pada bahagian nadi ataupun jawline. Lepas tu kalau Ualls nak pakai kat muka, boleh gunakan jari, berus foundation, span ataupun beauty blender. Berus akan memberikan hasil  sentuhan coverage yang lebih baik tapi Ualls kena lah pastikan blend betul-betul untuk elakkan garis kedutan pada wajah. Ini penting kerana ia adalah penentuan untuk hasil yang terbaik.

2. Concealer nak tutup cela di wajah


Concealer  haa..bab ini penting dimana ianya berfungsi menutup  segala cela pada muka Ualls seperti lingkaran gelap pada bawah mata, jerawat dan parut-parut yang ada. Bila nak pilih shades tu pastikan pilih yang lebih cerah daripada kulit atau foundation Ualls.


Tapi kalau kulit Ualls dah sememangnya bak kulit selembut bayi flawless gitu, tak perlu pun pakai concealer. Moisturizer dengan foundation pun dah memadai. Lepas tu kalau foundation yang  pakai tu dah tutup parut-parut kat muka, tak perlu dah pakai concealer. Nanti bertepek-tepek pulak krim kat muka tu 😅. Macam zombie daaa..

3. Loose/Compact powder


Fungsi bedak loose dan compact adalah untuk touch up foundation yang Ualls dah pakai kat muka tu. Tekstur bedak loose adalah lebih ringan dan lembut. Kalau Ualls nak tahu bedak ini sesuai dipakai oleh orang yang bermasalah dengan kulit berminyak. Formula di dalam bedak ini membantu untuk menyerap minyak berlebihan kat kulit Ualls tau. Ualls boleh pakai bedak ni menggunakan span puff ataupun berus makeup untuk mendapatkan hasil yang natural.


Ni.. Ualls pun tahu  alaa bedak compact yang biasanya dibawa ke mana-mana kerana bekasnya yang kecil. Nama pun compact kan. Teksturnya berbeza dengan bedak loose kerana ianya lebih padat dan formulanya sesuai untuk orang yang berkulit kering. Cara nak pakai bedak compact mudah je cuma DAB DAB je.

4. Pemerah pipi


Penggunaan blusher ni sebenarnya boleh bantu untuk menaikkan seri muka. Nampak fresh je sepanjang hari kalau Ualls  pakai. Blusher terdapat dalam bentuk compact, stick dan juga liquid. So Ualls pilihlah jenis mana yang sesuai dan senang untuk Ualls nak pakai yee. Tapi Ualls kena beringat juga, pakai kena pandai-pandai la ikut kesesuaian kang tak pasal-pasal macam badut pulak!.

5. Gunakan  maskara barulah nampak bulu mata lentik bak  Ziana zain😂


Seperti yang Ualls dah tahu fungsi mascara adalah untuk melentikkan dan menebalkan lagi bulu mata. Maskara ni ada banyak jenis wands tau, Ualls kena pandai pilih mana yang bersesuaian. Setiap wand maskara ada fungsinya tersendiri. Caranya mudah saja dengan cara zig zag supaya maskara yang Ualls dah apply tu tak bergumpal dengan bulu mata.

6. Lipstik paling penting okay!



Kenapa saya cakap penting andai kata Ualls dah kenakan segala mak-bapak makeup etc..tapi bila Ualls tak bubuh lipstik, wajah Ualls macam baru kena kejar hantu mak limah hehe..jgn marah gurau jerr ok berbalik kepada cerita tadi benda paling best pasal makeup of course lah lipstick ya gaissConfirm Ualls akan ambil masa lama nak pilih warna mana yang berkenan sebab memang banyak sangat jenis dan warna tau seperti warna terang dan juga warna nude. Kalau Ualls suka warna terang dan tampak berani, cubalah tone warna merah..pasti  memukau si diaa...

Kalau yang suka warna soft dan nak nampak natural, boleh pilih warna nude. Bergantung pada citarasa masing-masing okay. Sebelum Ualls nak pakai lipstick, jangan lupa pakai pelembap bibir atau petroleum jelly tau supaya bibir Ualls sentiasa lembap dan nampak fresh.
Itu je lah barang-barang makeup untuk beginners macam Ualls. Tak banyak dan senang je kan? Haa.. lepas dah belajar guna barang-barang basic ni, boleh lah Ualls cuba makeup lain pula macam bronzer, highlighter, eyeshadow, eyeliner dan sebagainya.

Sekarang banyak je video tutorial makeup, Ualls search je lah kat Youtube okay! Dan jangan beli barang makeup yang fake sebab nanti Ualls jugak kena tanggung akibatnya. Selamat mencuba guys!


Sumber:  Citizens of BeautyDewi MalaysiaPopbela

👉 Jom Follow @MUAmeinda.iskandar

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TIPS MAKEUP AGAR KEKAL TAHAN LAMA YANG RAMAI INGIN TAHU

6 KESILAPAN CUCI MUKA YANG YANG SERING BERLAKU-PUNCA KULIT WAJAH BERMASALAH