TIPS UNTUK MEMASTIKAN MAKEUP ANDA TAHAN LEBIH LAMA

 

  1. Bersihkan muka anda

Sebelum menggunakan apa-apa bahan kosmetik, perkara pertama yang harus dilakukan adalah mencuci wajah dengan pembersih muka dan air yang tidak atau terlalu panas kerana ia akan merosakkan muka anda.

Mencuci muka akan membersihkan kotoran pada permukaan kulit dan membuatkan make up anda sekata pada keseluruhan kulit muka. Pastikan anda mencuci muka setiap kali sebelum dan selepas menggunakan make up. Jika tidak, sisa make up dan kotoran yang terdapat pada muka anda akan menyebabkan masalah pada muka.

  1. Gunakan pelembap

Penggunaan pelembap adalah salah satu cara make up untuk tahan lama kerana ia membantu menyempurnakan make up dan melindungi kulit muka. Walaupun anda mempunyai kulit jenis berminyak, anda mesti menggunakan pelembab kerana ia akan mengekalkan kelembapan pada muka. Tetapi, sebelum membeli pelembap, pastikan ia sesuai dengan kulit muka.

Pastikan untuk mengusapkan pelembap pada seluruh wajah serta leher dan membiarkannya selama 3 minit sebelum anda menggunakan bedak.

  1. Gunakan make up bebas minyak

Untuk cara make yang tahan lama, gunakan make up bebas minyak. Hal ini kerana, make up yang mengandung minyak akan membuatkannya cepat hilang. Untuk jenis kulit berminyak, sebaiknya gunakan make up yang mengandungi non-comedogonic supaya pori-pori tidak tersumbat.

  1. Jangan selalu sentuh muka

Ramai yang tidak sedar bahawa salah satu penyebab make-up tidak tahan lama adalah tangan yang selalu menyentuh muka. Hal ini kerana, banyak masalah yang ditimbulkan oleh tangan kita yang mempunyai banyak bakteria. Selain itu, ia boleh menyebabkan iritasi dan minyak di wajah juga akan meningkat. Jadi, anda mestilah menjauhkan tangan dari muka supaya make up anda tahan lebih lama.

  1. Face Primer


Pemaikaian primer sangat penting untuk memastikan make up anda tahan lebih lama. Selepas memakai pelembab, gunakan face primer pada area T-zone muka anda untuk mengecilkan pori-pori dan menahan minyak berlebihan pada wajah. Primer juga dapat membuatkan foundation menjadi lebih sempurna dan tahan lama pada muka anda.

  1. Foundation


Untuk menghasilkan make-up yang tahan lebih lama, pilihlah foundation dengan tekstur yang lebih cair atau anda juga boleh menggunakan BB cushion. Dengan itu, muka anda akan menjadi lebih glowy. Selepas itu, jangan lupa set foundation anda dengan bedak tabur matte untuk mengelakkan muka anda menjadi berminyak.

  1. Concealer


Penggunaan concealer juga penting untuk menjadikan make up tahan lama, terutamanya bagi yang mempunyai beberapa imperfections pada kulit, seperti bekas jerawat, bintik hitam, dan lingkaran bawah mata. Pada kawasan bawah mata, sebaiknya pilihlah concealer dengan warna yang sedikit lebih cerah dari warna foundation, manakala untuk menutup bekas jerawat dan bintik hitam, anda boleh menggunakan concealer dengan warna yang sama dengan foundation.

  1. Setting Spray


Langkah terakhir ialah dengan menggunakan setting spray pada seluruh wajah dan tunggu sehingga ia menyerap pada kulit. Setting spray berfungsi untuk membuatkan make-up anda tahan lama. Oleh itu, anda tidak perlu risau jika make-up akan terlihat cakey setelah seharian memakainya.

👉 Jom Follow @MUAmeinda.iskandar

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BENDA WAJIB MAKEUP ASAS YANG RAMAI INGIN TAHU

TIPS MAKEUP AGAR KEKAL TAHAN LAMA YANG RAMAI INGIN TAHU

6 KESILAPAN CUCI MUKA YANG YANG SERING BERLAKU-PUNCA KULIT WAJAH BERMASALAH