Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2020

TEKNIK SOLEKAN ASAS YANG RAMAI INGIN TAHU

Imej
  Ualls seorang yang suka solekan yang tidak terlampau tebal? Kadang – kadang nampak seperti bertompok-tompok. Jom kita tengok tips memakai solekan natural yang simple, cepat dan kekal cantik. Cuci Muka Anda harus mencuci muka anda dengan pembersih muka yang sesuai dengan kulit anda. Tujuannya adalah membersihkan muka anda daripada minyak dan kotoran. Untuk pengetahuan anda, jika kulit muka anda tidak bersih dan penggunaan alat solek secara keterlaluan boleh menyebabkan pori-pori muka tersumbat. Hal ini boleh menyebabkan kulit muka anda cepat rosak dan berjerawat. Toner Anda harus menggunakan toner. Toner bertujuan membersihkan lebihan kotoran yang tidak dapat dicuci oleh sabun pencuci muka. Selain itu, ia juga dapat menanggalkan sel-sel kulit mati (kulit mati seperti parut jerawat dan jeragat) pada kulit muka anda. Penyegar Wajah Sapukan dan ratakan ke seluruh wajah, sekitar mata dan leher penyegar wajah. Ini bagi membantu membekal nutrisi kepada sel kulit seterusnya mengecilkan liang

TIPS BERGUNA KAEDAH TERBAIK UNTUK MEMAKAI SOLEKAN WAJAH YANG RAMAI INGIN TAHU

Imej
  Dari segi solekan, solekan pada wajah anda harus menjadi perkara utama yang harus anda titikberatkan sebelum beralih ke solekan bibir dan solekan mata. Tetapi perkara boleh menjadi rumit sekiranya anda tidak ada asas dalam seni solekan. Adakah anda benar-benar memerlukan primer? Adakah concealer datang sebelum atau selepas foundation? Anda keliru dari mana anda patut mulakan? Tak perlu risau. Di sini saya akan berikan panduan langkah demi langkah untuk bersolek sebelum keluar rumah dari awal sehingga akhir. LANGKAH 1:  PRIMER Menggunakan  primer  adalah salah satu perkara terbaik yang boleh anda lakukan ketika anda bersolek.  Primer  dapat membantu memberikan kanvas yang merata untuk dikerjakan, kerana ia dapat membantu melicinkan garis di wajah. Primer juga dapat membantu solekan anda lebih sekata sepanjang hari. Pilih primer dengan kemasan yang bercahaya jika anda mempunyai kulit kering atau primer dengan kemasan matte jika anda mempunyai kulit berminyak. Tidak kira primer mana yan