KENAPA PERLU PAKAI TONER?

 

Tahu tak apa kepentingan toner pada wajah kita? Selepas mencuci wajah apakah rutin penjagaan wajah anda yang seterusnya? Ramai wanita beranggapan penggunaan toner tidak penting tetapi anda silap. Jika anda menggunakan toner dengan konsisten, pasti anda akan memperoleh kulit yang diidamkan. Jom kita ketahui kenapa toner penting untuk wajah.

 

  1. Membantu mengekalkan kesegaran dan kelembapan pada muka


Selepas mencuci muka, kulit muka kita tidak semestinya segar dan bersih sepenuhnya. Disinilah fungsi toner untuk membantu membersihkan wajah sepenuhnya, mengekalkan kesegaran wajah dan juga secara tidak langsung dapat membantu memelihara kelembapan wajah.

 

  1. Mengimbangkan PH kulit


Rata-rata pembersih wajah bersifat alakali yang menyebabkan imbangan PH kulit terganggu selepas membersih wajah. Ini akan menyebabkan berlakunya pengeluaran sebum berlebihan dan wajah akan menjadi berminyak. Dengan menggunakan toner, ia akan mengimbangkan kembali PH kulit anda.

 

  1. Mengecilkan liang-liang pori pada wajah


Toner berfungsi untuk menutup kembali liang pori yang besar dan terbuka selepas proses membersihkan wajah. Liang pori yang terbuka akan menyebabkan wajah mudah untuk mengalami bintik hitam, bintik putih dan jerawat. Penggunaan toner yang konsisten setiap hari mampu untuk mengecilkan liang-liang pori pada wajah.

 

  1. Membantu memberikan lapisan perlindungan tambahan pada kulit

 

Toner juga berfungsi memberikan kelembapan yang ekstra dan juga lapisan perlindungan tambahan pada kulit. Ia mampu membuang bahan klorin dan mineral dari air paip semasa mencuci muka. Jika anda sering mengembara dengan menaiki kapal terbang, kulit mudah menjadi kering bila berada di dalam penerbangan. Sediakan satu botol kecil penyegar dan kapas muka untuk mengembalikan kelembapan muka, tanpa perlu menggunakan air. Toner sahaja sudah cukup!

 

  1. Mencegah kulit wajah menjadi kering dan kasar


Sesetengah toner mengandungi bahan untuk mengekalkan kelembapan kulit. Jadi secara tidak langsung,ia dapat mencegah kulit wajah menjadi kering dan kasar.

Kredit : ikin

👉 Jom Follow @MUAmeinda.iskandar

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BENDA WAJIB MAKEUP ASAS YANG RAMAI INGIN TAHU

TIPS MAKEUP AGAR KEKAL TAHAN LAMA YANG RAMAI INGIN TAHU

6 KESILAPAN CUCI MUKA YANG YANG SERING BERLAKU-PUNCA KULIT WAJAH BERMASALAH