KENALI JENIS-JENIS ALAT SOLEK DAN FUNGSINYA
PENGGUNAAN berus yang betul mampu memberi kesan pada wajah yang lebih cantik dan sempurna selepas selesai bersolek.
Terlalu banyak jenis berus solekan ada di pasaran sehingga kadangkala membuatkan anda bingung dan keliru dengan jenis dan fungsinya.
Berus bulat bedak asas
Kegunaan
Untuk bedak asas dan cecair.
Cara penggunaannya
Bentuknya yang bulat seperti kubah menjadikan ia padat dan mampu menyerap bedak dengan mudah dan menyapu secara rata. Sapukan berus pada bedak asas dan tekan dengan gerakan menggolek pada kulit muka untuk meratakannya.
Anda boleh menggunakan berus ini untuk meratakan bedak asas cecair secara gerakan membulat. Ia adalah berus asas dan diperlukan untuk bedak asas serta cecair.
Berus bedak
Kegunaan
Untuk bedak tabur atau bedak padat.
Cara penggunaannya
Bentuknya yang besar dan lembut menjadikan bedak mudah terkumpul. Anda perlu mengetuk lebihan bedak sebelum menggunakannya dengan gerakan menyapu ke seluruh wajah.
Kebanyakan bedak tabur dan bedak padat menyediakan aplikator sendiri, tetapi jika mampu beli berus ini.
Berus concealer rata
Kegunaan
Untuk menghilangkan cela
Cara penggunaannya
Hujungnya yang rata memudahkan solekan diadun. Ia juga memberikan kesan penyapuan yang lebih sekata.
Anda perlukan ini jika mahu menggunakan pengawal noda lebih tebal.
Berus kipas
Kegunaan
Untuk bedak tabur dan membersihkan lebihan bedak.
Cara penggunaannya
Berus berbentuk kipas ini dihasilkan untuk digunakan dengan bedak tabur. Bulunya yang lembut dan panjang menyapu lebihan bedak dan memberikan kemasan lengkap. Ia boleh digunakan dengan mudah menyapu lebihan bedak di muka.
Berus bersudut
Kegunaan
Untuk pemerah pipi dan memb entuk kontur pipi.
Cara penggunaannya
Berus yang bersudut mempelbagaikan kegunaan berus ini. Ia boleh digunakan untuk menyapu pemerah pipi dan membentuk kontur pipi. Anda hanya perlu mengoles berus ke wajah dan membuang lebihan bedak di muka. Bentuknya yang bersudut memberikan kontur bertepatan untuk wajah.
Berus pembayang bulat
Kegunaan
Untuk pembayang mata
Cara penggunaannya
Bulunya yang pendek dengan permukaan besar dan rata sesuai untuk aplikasi lembut pada seluruh kelopak mata. Ia mempunyai saiz berbeza, jadi anda perlu mencuba terlebih dulu sebelum membelinya. Bulu berus ini sepatutnya lembut. Ia adalah koleksi yang perlu ada dalam simpanan anda.
Berus adunan pembayang mata
Kegunaan
Mengadun pembayang mata dan juga menyerlahkan tulang kening.
Cara penggunaannya
Berus ini padat dengan bulu, sesuai menyapu pembayang mata di sepanjang kelopak mata dan kening.
Berus pembayang mata bersudut
Kegunaan
Untuk pembayang mata
Cara penggunaannya
Berus bersudut ini membantu anda membentuk smokey eye. Anda hanya perlu mengikut sudut kelopak mata dan sapu secara berulang untuk mengadun warna. Anda juga boleh menggunakannya untuk menggariskan bahagian bawah garis mata dengan menggunakan pembayang mata.
Berus penggaris mata halus
Kegunaan
Untuk jel penggaris mata, pensel penggaris mata, cecair penggaris mata dan pembayang mata.
Cara penggunaannya
Hujung halus berus ini memberikan garisan sempurna tidak kira apa juga jenis penggaris mata yang anda gunakan. Anda juga boleh mengawal ketebalan garisan mata dengan menggunakan berus jenis ini. Dengan menggunakannya anda akan mendapati hasil yang amat berbeza.
Berus kening condong
Kegunaan
Untuk penggaris kening jenis serbuk, cecair atau krim.
Cara penggunaannya
Berus yang condong boleh digunakan untuk menghasilkan garis kening yang cantik dan simetri.Gunakan bahagian bulu yang pendek ketika menyapu solekan di kawasan yang jarang untuk membentuk kening.
Sikat dan berus kening
Kegunaan
Untuk kening dan bulu mata.
Cara penggunaannya
Sebelah bahagiannya adalah sikat manakala bahagian lain adalah berus.Anda boleh menggunakan keduadua bahagian untuk merata dan membentuk kening. Bahagian sikat boleh digunakan pada bulu mata. Ia adalah sebagai tambahan dalam kit permulaan solekan anda.
Berus bibir
Kegunaan
Untuk menyapu gincu.
Cara penggunaannya
Berus kecil ini sesuai untuk mendapatkan garisan bibir yang sekata dan sempurna. Ia juga digunakan untuk memberikan kemasan rata kerana bulu yang pendek dan padat membuatkan ia mampu mencecah bahagian tepi bibir.
Sumber: berita harian
👉 Jom Follow @MUAmeinda.iskandar
Ulasan
Catat Ulasan