TENTANG SAYA

✍Menulis dan berkongsi ilmu adalah cara SIS untuk kurangkan symptom, dan hopefully sihat dari penyakit 'ADHD, Panic Disorder & Depression'.

Assalamualikum Uolls!!..Lama dah SIS simpan post ni dalam draf. Memang berniat nak tulis post ini khas bila jumlah readers atau pageviews SIS mencapai target 100,000 orang dalam masa setahun sis memulakan blog sendiri. Baik la adalah baiknya saya perkenalkan diri saya dulu, nama sebenar saya Meinda Rizky Fitriyani Iskandar lahir pada 06 Mei 1989 haa pjgkan kalau Ualls  nak tahu nama saya tu sempena jatuhnya hari raya pertama Adili Fitri yakni pada bulan Mei tau! Saya berasal daripada Cianjur, Jawa Barat Indonesia alaa kalau Ualls jenjalan ke Jakarta nak pergi Bandung ambil laluan Jakarta-Bogor-Bandung pasti Ualls akan lalu Cianjur kalau Ualls nak tahu lagi Cianjur adalah tempat pusat peranginan yang mana cuacanya amat dingin yah gaiss sepanjang tahun persis kat Genting Highlands memang sejuk gilerr...kat sini rumah tak pakai kipas hehehe.

Mesti Ualls tertanya kenapa saya kat Malaysia bukan kat kampung halaman, sebenarnya saya telah bertemu jodoh dengan orang Malaysia En.suami saya yang mana adalah tulang belakang saya yang sentiasa memberi sokongan penuh terhadap kerjaya saya.. yang tolong alih bahasa ni pun Suami saya juga hehehe. Kami telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Rafandra Alfarizqi, panjang namanyakan macam SIS juga😅..

SIS pun tak pasti macamana SIS boleh terjun ke bidang Makeup ni. Padahal SIS ni jurusan S-II Perguruan Pendidian Muzik yang tamat dengan jayanya kat (Universitas Pendidikan Indonesia) istilah kalau kat sini Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik. 

Pada awalnya SIS suka makeup di sebabkan wajah yang berjerawat, rasanya sudah pergi bermacam-macam klinik untuk rawatan muka tapi tak juga sembuh, sampai terfikir terkena sihir la, guna-guna la..huhu hampir 2 tahun juga muka SIS berjerawat dan tak kunjung sembuh akhirnya SIS memutuskan untuk mengenakan makeup bagi menutupi jerawat. Nah..dijadikan cerita dari sinilah bermula detik-detik mulai berjinak dengan dunia kecantikan solekan. Mungkin disebabkan masalah wajah berjerawat SIS terdesak untuk pelajari cara tutup jerawat😅yang sempurna. 

Bayangkan SIS sampaikan jadi En.Suami sebagai model makeup kha kha kha..nasib la En.Suami tetap sporting giteww..malah Suami SIS juga menyuruh SIS agar ambil kelas Makeup. Sedar tak sedar hampir 4 tahun sudah SIS dalam bidang ni...pahit manis tu pasti ada dan SIS percaya ualls rasa apa yang SIS rasa. Melayani karenah klien yang 'bermacam-macam adaa'...tapi sebenarnya bende tu yang paling best sebab daripada masalah yang timbul tu SIS dapat belajar satu benda baru dan secara tidak lansung dapat tangkis bila berlaku masalah yang sama malah akan jadi lebih baik. 

Kerja MUA ni best selain dapat jenjalan kita dapat ramai kawan alaa maklumla SIS bukan berasal daripada sini so memang tak banyak la kengkawan kat sini. Orang sini baik-baik semuanya dan setiap kali jumpa ada saja ilmu yang dikongsikan. Tapi part yang 'lucu' tu bila bahasa pergaulan ngan kengkawan sehari-hari SIS susah nak tangkap kadang apa mereka cakap, mcm SIS juga ada yang mereka tak faham, tapi selagi masih duduk di bawah satu rumpun bahasa yaa bisa ajaa ngerti. Tapi itu bukan penghalang untuk kerjaya saya malah dapat memahami satu-satu budaya.   

Sekian, Wasslam..

Jom Follow di sini ; @MUAmeinda.iskandar 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BENDA WAJIB MAKEUP ASAS YANG RAMAI INGIN TAHU

TIPS MAKEUP AGAR KEKAL TAHAN LAMA YANG RAMAI INGIN TAHU

6 KESILAPAN CUCI MUKA YANG YANG SERING BERLAKU-PUNCA KULIT WAJAH BERMASALAH