TUJUAN BLOG


✍Menulis dan berkongsi ilmu adalah cara SIS untuk kurangkan symptom, dan hopefully sihat dari penyakit 'ADHD, Panic Disorder & Depression'.

TUJUAN BLOG NI..

Terus-terang, SIS bukanlah pandai dalam bab-bab buat blog ni apa lagi ini merupakan bolg untuk  pertama kalinya, So Ualls jangan lah hairan kalau paparan blog ni nampak simple. Tapi itu tak penting, atas dasar ingin kongsikan segala ilmu yang SIS telah belajar. Nak kata  expert tu tak la  tapi sekadar berkongsi apa yang telah SIS belajar selama ini. Buat Ualls jangan lah malu dan segan silakan sharekan apa yang ualls tahu kerana SIS juga masih proses belajar. SIS juga bukan buat blog ini bukan untuk mendapatkan duit. Tapi lebih kepada niat untuk berkongsi cerita dan pengalaman hidup, lebih-lebih lagi bab Makeup. Disebabkan SIS sering mendapat soalan tentang kerjaya sebagai Make-Up Artis (MUA) , yang mana setiap kali SIS upload gambar kat Fb page ataupun Instagram, maka SIS pun ambil keputusan untuk mula buat blog sendiri. Bukan apa, SIS ni sejenis pelupa dan cepat lupa benda-benda details. Jadi, bila orang bertanya soalan berkaitan Makeup, memang SIS tak ingat dan agak kesal juga bila tak dapat bantu orang lain kan.

So, niat utama SIS berblog memang hanya untuk sharing, sharing, sharing segala info serta tips berguna yang boleh memberi manfaat pada pembaca-pembaca SIS. Tahu kan? Kalau kita share sesuatu ilmu bermanfaat, dan orang lain membuat sesuatu perkara baik disebabkan ilmu yang kita kongsikan tu, kita turut dapat pahala. Ilmu bermanfaat, insha-Allah hasilnya pahala mengalir berpanjangan (kalau kita ikhlas). ๐Ÿ˜€

Gerak kerja sebagai MUA memang mudah, tapi memerlukan ilmu, skill, dan kesabaran untuk berjaya. Selain dari itu, SIS boleh dikatakan belajar benda baru berkaitan makeup hampir setiap hari. Oleh yang demikian, blog ini SIS akan jadikan wadah untuk mendokumentasikan pembelajaran, dan penemuan terbaru SIS. Jadi Ualls juga boleh belajar dan explore bersama-sama, supaya SIS dan Ualls boleh terus berjaya dalam bidang ini.

With ๐Ÿ’–

✍Meinda Rizky Fitriyani Iskandar

๐Ÿ‘‰ Jom Follow @MUAmeinda.iskandar

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BENDA WAJIB MAKEUP ASAS YANG RAMAI INGIN TAHU

TIPS MAKEUP AGAR KEKAL TAHAN LAMA YANG RAMAI INGIN TAHU

6 KESILAPAN CUCI MUKA YANG YANG SERING BERLAKU-PUNCA KULIT WAJAH BERMASALAH