Catatan

6 KESILAPAN CUCI MUKA YANG YANG SERING BERLAKU-PUNCA KULIT WAJAH BERMASALAH

Imej
  Tanpa sedar kadang2 kita sebenarnya silap menjaga muka. No .6 tu ramai tak yang buat? . Kesilapan 1 : Cuci muka terlalu kerap Ada 2 sebab kenapa kita tak boleh cuci muka terlalu kerap: 1. Boleh menyebabkan kulit terlalu kering dan hilang kelembapan selepas dicuci 2. Kulit akan cenderung jadi lebih berminyak dan berjerawat . . Kesilapan 2 : Gosok muka terlalu kuat Ramai yang ingat bahagian yg ada jerawat atau bermasalah kena gosok dan sental lebih kuat untuk keluarkan sebum dan kotoran dalam liang roma. Sebenarnya kira dilarang mengosok kulit terlalu kuat kerana boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan men'cederakan' kulit dari dalam. Kesilapan 3 : Skrub muka terlalu kerap Scrub selalunya mempunyai tekstur berbiji yang agak kasar. Elakkan menggunakan scrub terlalu kerap kerana boleh menyebabkan kulit menipis, lebih sensitif dan boleh menyebabkan gatal. Kesilapan 4 : Membiarkan syampu rambut terkena kulit muka Syampu rambut mengandungi bahan pelembab atau minyak untuk mele

TIPS MAKEUP AGAR KEKAL TAHAN LAMA YANG RAMAI INGIN TAHU

Imej
Fahami Fungsi setiap item Makeup Solekan dengan kaum Hawa memang tidak dapat dipisahkan. Bagi segelintir wanita, mereka rasa kurang berkeyakinan tanpa makeup lebih-lebih lagi ketika menghadiri majlis keraian. Namun begitu, anda harus ingat, setiap solekan perlu ditatarias mengikut jenis kulit. Bukan main pilih sahaja sebarangan produk. Jika pemilihan yang dilakukan tepat, setidak-tidaknya ia berupaya menutup kelemahan pada kulit wajah sekali gus menjadikan solekan lebih cantik dan tahan lama. Justeru, nak naikkan seri wajah dengan solekan perlu ada ilmu asas. Ok, berbalik pada sikap SIS yang tak suka membuang masa HAHA, jom kita terus saja ke  topik yang agak hangat dan sering ditanya kepada SIS di Facebook Page ataupun kat Instagram. "SIS, macam mana nak buat agar makeup tu tahan lama atau dalam kata lain mudah luntur?" SIS, ambil contoh ketika berpeluh atau terkena air yang mana memberi kesan kepada penampilan makeup.  "SIS, macam mana saya nak mulakan belajar Makeup?&

TEKNIK SOLEKAN ASAS YANG RAMAI INGIN TAHU

Imej
  Ualls seorang yang suka solekan yang tidak terlampau tebal? Kadang – kadang nampak seperti bertompok-tompok. Jom kita tengok tips memakai solekan natural yang simple, cepat dan kekal cantik. Cuci Muka Anda harus mencuci muka anda dengan pembersih muka yang sesuai dengan kulit anda. Tujuannya adalah membersihkan muka anda daripada minyak dan kotoran. Untuk pengetahuan anda, jika kulit muka anda tidak bersih dan penggunaan alat solek secara keterlaluan boleh menyebabkan pori-pori muka tersumbat. Hal ini boleh menyebabkan kulit muka anda cepat rosak dan berjerawat. Toner Anda harus menggunakan toner. Toner bertujuan membersihkan lebihan kotoran yang tidak dapat dicuci oleh sabun pencuci muka. Selain itu, ia juga dapat menanggalkan sel-sel kulit mati (kulit mati seperti parut jerawat dan jeragat) pada kulit muka anda. Penyegar Wajah Sapukan dan ratakan ke seluruh wajah, sekitar mata dan leher penyegar wajah. Ini bagi membantu membekal nutrisi kepada sel kulit seterusnya mengecilkan liang

TIPS BERGUNA KAEDAH TERBAIK UNTUK MEMAKAI SOLEKAN WAJAH YANG RAMAI INGIN TAHU

Imej
  Dari segi solekan, solekan pada wajah anda harus menjadi perkara utama yang harus anda titikberatkan sebelum beralih ke solekan bibir dan solekan mata. Tetapi perkara boleh menjadi rumit sekiranya anda tidak ada asas dalam seni solekan. Adakah anda benar-benar memerlukan primer? Adakah concealer datang sebelum atau selepas foundation? Anda keliru dari mana anda patut mulakan? Tak perlu risau. Di sini saya akan berikan panduan langkah demi langkah untuk bersolek sebelum keluar rumah dari awal sehingga akhir. LANGKAH 1:  PRIMER Menggunakan  primer  adalah salah satu perkara terbaik yang boleh anda lakukan ketika anda bersolek.  Primer  dapat membantu memberikan kanvas yang merata untuk dikerjakan, kerana ia dapat membantu melicinkan garis di wajah. Primer juga dapat membantu solekan anda lebih sekata sepanjang hari. Pilih primer dengan kemasan yang bercahaya jika anda mempunyai kulit kering atau primer dengan kemasan matte jika anda mempunyai kulit berminyak. Tidak kira primer mana yan

BENDA WAJIB MAKEUP ASAS YANG RAMAI INGIN TAHU

Imej
   1.  Foundation  yang sesuai dengan tona kulit Foundation  ni benda adalah benda paling  asas  yang  Ualls  kena tahu dimana ianya diletak   kat muka. Tapi sebelum tu, penting untuk  Ualls   cuci muka, pakai  toner  dan  moisturizer  untuk pastikan kulit  Ualls  sentiasa lembap dan  makeup  tahan lebih lama. Sebelum nak pilih  shade   foundation ,  Ualls  kena tahu tona kulit  Ualls   sama ada cerah atau gelap dan sebagainya. Ada tiga jenis  foundations  iaitu dalam bentuk   liquid, cream  dan  powder .  Ualls  yang mempunyai kulit berminyak tak digalakkan memakai  liquid foundation  kerana ia akan membuatkan kulit lebih berminyak manakala yang berkulit kering sebaiknya tak guna  powder foundation . Cara Ualls nak tahu mudah saja,  Ualls  cuba  calit atau  swatch  sikit pada bahagian nadi ataupun  jawline . Lepas tu kalau  Ualls  nak pakai kat muka, boleh gunakan jari, berus  foundation,  span   ataupun  beauty blender.  Berus akan memberikan hasil  sentuhan  coverage  yang lebih bai

TETAP CANTIK DENGAN PETUA LAMA

Imej
  Luaran yang cantik bukan hanya bergantung kepada usaha penjagaan kulit dengan menggunakan produk tertentu, malah ia juga banyak bersandarkan kepada amalan gaya hidup dan pemakanan. Ada yang sanggup berhabis duit untuk mengekalkan atau menambah kecantikan kulit dimiliki dan tidak kurang juga yang mengamalkan petua tersendiri. Biarpun hasil atau kesan yang ditunjukkan agak lambat, namun ia mampu memberi kepuasan kepada diri sendiri apatah lagi jika ia tidak memerlukan kos besar selain menambah nilai kepada kesihatan badan. Tiga wanita berkongsi petua kecantikan mereka. Meskipun dikelilingi pelbagai produk terkini yang terkenal, namun petua lama tetap diamalkan dan terbukti ia memberi kesan seperti diinginkan. Menariknya, petua yang diamalkan tiga wanita ini bukan saja mudah malah tidak memerlukan belanja yang besar. BUAH, AIR DAN BAWANG Bagi Nadrah Zainalabidin, 29, petua yang diamalkan untuk mengekalkan kehalusan dan kecantikan kulit muka serta badan adalah melalui penjagaan makanan y